Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR- Kesemua yang hadir dalam mesyuarat menyokong resolusi Armada Nasional kembali kepada Pakatan Harapan (PH) bersetuju untuk tidak mendedahkankan nama masing-masing.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, mesyuarat yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh 20 orang pemimpin bagaimanapun hanya exco dan ketua Armada negeri sahaja yang dibenarkan mengundi.

“Daripada 20 orang itu, 16 telah menyokong resolusi berkenaan manakala empat lagi berkecuali. Kami semua bersetuju supaya nama masing-masing tidak didedahkan kerana bimbang dikenakan tindakan.

“Antara yang berkecuali adalah Ketua Armada Melaka dan Terengganu yang mana sekarang iaitu apabila berada di luar mesyuarat mengatakan mereka menentang pula cadangan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di WhatsApp sebagai respon segera terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 143 Ketua Bahagian Armada hari ini.

Terdahulu, seramai 143 daripada 191 Ketua Bahagian Pemuda Bersatu (Armada) menolak pendirian yang dibuat oleh Armada Nasional yang mahu kembali kepada Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kira-kira dua pertiga daripada keseluruhan ketua bahagian menyatakan pendirian untuk terus kekal berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 23 Februari lalu yang memutuskan untuk keluar daripada PH.

Tambahnya, keputusan tersebut akan kekal sehingga terdapat keputusan MPT baharu.

Mereka juga meminta Armada Nasional untuk menyenaraikan nama Armada Bahagian dan Negeri yang didakwa menyokong pendirian Syed Saddiq kerana hal tersebut katanya, tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua Armada Bahagian termasuk Sabah.

Kenyataan tersebut turut mengepil bersama senarai kesemua 143 nama ketua bahagian yang tidak bersetuju dengan pendirian Armada Nasional.

“Syed Saddiq sering mengajar Ahli Armada untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dengan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan Ketua-Ketua Bahagian.

“Lupakah pimpinan Armada Nasional bahawa Tun Mahathir sering “digulikan” oleh parti komponen Pakatan Harapan? Sehingga Tun Mahathir letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan Armada Nasional pada waktu itu?” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Saddiq tidak menggambarkan pendirian keseluruhan pimpinan sayap parti berkenaan dan secara tidak langsung hanya mengeruhkan krisis politik Bersatu yang berterusan.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Armada tolak UMNO, kembali kepada PH

 

 

3 Komen

  1. Si lembik kaki bodek pak tua dh menyalak serupa anjing kt tuan… Cukup2 lah wayang kau saddiq oii…. Orang dah tau politik tikus kau

Comments are closed.