TERKINI: Ibu Bapa Dinasihati Elak Bawa Anak ke Tempat Sesak

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membangunkan satu SOP Peruncitan yang bertindak sebagai garis panduan bagi semua pengusaha, peniaga dan pemilik perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata tindakan itu hadir selepas pihaknya mendapati menjelang musim perayaan ini, didapati ramai yang sudah memulakan aktiviti-aktiviti pembelian misalnya barang makanan, baju raya, perhiasan rumah dan lain-lain sebagai persiapan menyambut Hari Raya termasuk mereka yang membeli belah barangan harian.