KUALA LUMPUR – Lagu Cahaya Aidilfitri menjadi pengubat rindu kepada rakyat Malaysia yang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilditri di ibu negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Single terbaru artis kelahiran Astro, Pijoe Rockanova yang dilancarkan pada 21 Mei lalu merupakan lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu asal nyanyian kumpulan Black Dog Bone itu diberi suntikan baharu dengan gabungan muzik orkestra hasil kerjasama Ritz Metalasia, Wan Kibot dan Mar J.

Menurut Pijoe yang juga anggota Kumpulan Anugerah, projek lagu raya itu diilhamkan sebagai pengubat rindu kepada mereka yang kehilangan ibu bapa dan tidak dapat pulang berhari raya di kampung pada tahun ini.

Lagu single terbaru Cahaya Aidilfitri tersebut boleh dilayari melalui pautan link YouTube https://youtu.be/MR4HU1ErCoE – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast