TERKINI : Tun Mahathir Guna ‘Isu Kuarantin’ Sindir Muhyiddin

Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan wartawan secara sarkarstik apabila ditanya sama ada beliau akan bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dengan nada bersahaja beliau menyindir Muhyiddin tidak boleh berjumpa dengan sesiapa dalam tempoh 14 hari kerana beliau kini sedang menjalani kuarantin akibat Covid-19.

“Saya diberitahu bahawa dia berada dalam kuarantina kerana bersama dengan seseorang yang menghidap penyakit itu.

“Kalau nak jumpa mesti kurang dari satu meter saja. Dia tak boleh berjumpa dengan sesiapa selama 14 hari,” katanya pada sidang media di Menara Yayasan Selangor di sini sebentar tadi.