Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Rakaman audio yang membabitkan satu kenyataan mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin merancang memberi jawatan Menteri dan kedudukan dalam syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) wajar disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini kerana, rakaman audio itu menimbulkan persoalan besar – adakah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbentuk sekarang ini dengan secara merasuah Ahli-Ahli Parlimen dengan jawatan-jawatan berkenaan, tanya Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Menurutnya, rakaman audio tersebut turut menunjukkan rancangan ‘membeli’ sokongan dari Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan mungkin juga parti-parti lain telah disusun lebih awal sebelum pembentukan kerajaan PN.

Selepas PN mengambil kuasa, Ahli-Ahli Parlimen PN telah menerima agihan jawatan dengan lantikan 70 orang sebagai Menteri dan Timbalan Menteri serta 23 orang lagi sebagai Pengerusi GLC atau badan berkanun.

Katanya, tanpa sokongan 93 orang Ahli Parlimen yang bersandarkan kepada ganjaran jawatan ini adalah mustahil untuk PN membentuk kerajaan.

”Memandangkan isu ini melibatkan kedudukan kerajaan dan atas dasar kepentingan orang ramai, katanya, adalah wajar SPRM menjalankan siasatan dengan segera bagi mengesahkan ketulenan audio tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam rakaman audio itu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan berikut:

”Kalau dia tahu kerajaan baru nak terbentuk, UMNO masuk, ‘why don’t you come in now, why don’t you join us now rather than you join later?’”

”Kalau kita ambil seorang-seorang, mungkin ada di antara mereka terutamanya kalau mereka ada tawaran-tawaran tertentu, why not?”

”Saya fikir kalau itu kita lakukan, sebahagian besar mungkin tinggalkan UMNO, 10 hingga 20 tinggal Najib dan puak-puak dia.”

”Lebih-lebih lagi kalau ada jawatan. Tak jadi Menteri, jadi chairman of GLC”

Siasatan itu, jelas Akmal, selari dengan takrifan rasuah oleh SPRM iaitu adalah ’penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Malah, jika dirujuk di bawah Seksyen 3 Akta SPRM 2009 (Akta 694), “suapan” juga ertinya – apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat

Tegas Akmal, sekiranya audio tersebut sah, maka mereka yang menawarkan dan menerima jawatan berkenaan sewajarnya disiasat mengikut Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Hebat sangat kah penyangak2 ph memimpin ng …Hebat sangat kah kroni2 ph (dap,pan,pkr) menerajui GLC…
    Piiiiiiirah puuiiiii…semua pun lg penyamun n penyangak aset2 dn hasil2 ng….
    X pyh lah ko org nk meroyan bila dah hilang sumber2 kemewahan hidup bila jahanam ditangan sendiri
    U REAP WHAT U SOW…

  2. Urut batang kote dgn minyak lintah tapa gunung sbg persiapan utk berjubo lg baik daaa drpd duk sibuk pasal politik yg dah jd mcm pelacur daaaa

  3. Si Pondan ni PH Kencing lantik Tommy Thomas & Tipah Koyak boleh plak..baruah punya pondan gay

  4. Klu kena kt org lain cpt2 suruh sprm siasat. Klu keba kt puak sendiri , knp senyap menikus??. Apa hal dgn kes lge? Knp x suruh pdrm buka siasatan semula? Apa jd dgn kes siti kasim yg lantang mengkritik islam dan ydpa? Kno x suruh polis bertindak?. Si lembut ni ada hati nk jd hero. Hero taik kucing

  5. “Selepas PN mengambil kuasa, Ahli-Ahli Parlimen PN telah menerima agihan jawatan dengan lantikan 70 orang sebagai Menteri dan Timbalan Menteri serta 23 orang lagi sebagai Pengerusi GLC atau badan berkanun.”

    Kalau tak lantik pemimpin PN jadi menteri nak lantik sape lagi? Pemimpin PH ke? Otak taruk mana dey..

Comments are closed.