Foto Instagram Noorkhiriah.

KUALA LUMPUR – Selepas tampil berhijrah dengan imej bertudung labuh mengikut syariat, pelakon Noorkhiriah berpendapat semua orang memiliki kesempatan kepada diri mereka untuk berubah menjadi lebih baik.

Mengakui dirinya masih belum sempurna, Noorkhiriah meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk berubah.

Katanya lagi, setiap orang ada hak untuk mengubah diri mereka perlahan-lahan agar terus istiqamah.

Turut menitipkan pesanan buat wanita di luar sana, jika sebelum ini berpakaian terdedah sana sini, tutuplah selagi masih sempat.

Ujarya, setiap manusia ada kisah gelap mereka masing-masing dan tidak perlu merendahkan sesiapa.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Noorkhirah turut memuat naik perubahan imejnya dari bertudung singkat ke tudung labuh.

“Hidup ni proses, bagi peluang kat diri sendiri..jgn tengok orgl ain sb xde 1 pun sama dgn ssapa,yg menulis ni harubiru lagi tapi Syukur bila Allah dah bagi..tp takyahlah jadi orglain..maintain je apa yg ada cuma hidupkan proses..kalu dulu tselak sana sini.

“Skrg tutuplah..mgkn yg muda tak rasa lagi tp bdoalah bila tua ada rasa MALU..harap SEMPAT..kita berhak merubah diri kita sendiri..perlahan2 InshaAllah Istiqomah..tak mudah dan tak susah kalau betui2 nak transform..share kebaikan bukan bermakna dah baik.

“Tp jgn dipandang siapa yg menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan..tiap manusia ada sisi gelap..maka jomlah kita putihkan tanpa merendah2kan sesiapa,” tulisnya. – MalaysiaGazette