Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan (Borang BE/e-BE/m-BE/Borang M/e-M) telah dilanjutkan ke 30 Jun 2020.

Pengemukaan BNCP boleh dibuat menerusi aplikasi ezHASiL melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/CI/ atau secara manual dengan memuat turun borang di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Lanjutan itu diberikan selepas LHDNM memberikan pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira kekangan yang dihadapi oleh pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab untuk mengemukakan BNCP bagi Tahun Taksiran 2019 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan wabak Covid-19.

Bagi terus menyokong usaha membendung penularan wabak Covid-19, pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya perkhidmatan dalam talian melalui platform ezHASiL bagi tujuan menghantar BNCP.

Pembayar cukai disaran menggunakan kesempatan ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan tidak menunggu hingga ke saat akhir untuk memfailkan BNCP mereka. Sebagai rujukan, program pemfailan BNCP bagi tahun 2020 boleh dicapai menerusi pautan berikut:

i. Bahasa Melayu:
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_1.pdf

ii. Bahasa Inggeris:
http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.3_2.pdf

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara),

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/; dan

d) Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu:
• Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM
• Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast