TERKINI : PDRM Fokus Pada Covid-19, Bukan Politik – Ketua Polis Negara

PUTRAJAYA – Polis memberi jaminan kestabilan di negara ini berada dalam keadaan yang baik dan terkawal walaupun berlaku kemelut dalam politik tanahair.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pada masa ini pihaknya memberikan tumpuan penuh perhatian terhadap usaha menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, hanpir 70 peratus kekuatan pasukan itu digunakan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini sejak daripada fasa pertama hingga ke hari ini.

“Yang penting sekali keadaan dalam negara aman dan orang ramai boleh menjalankan kegiatan harian. Itu jaminan daripada saya,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Peronda PDRM di sini, hari ini.