Mohamed Khaled Nordin.

KUALA LUMPUR – Setakat ini belum ada perbincangan antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung pembahagian kerusi, kaedah dan asas pengagihan.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Apa yang saya tahu, belum pun lagi perbincangan mengenai pembahagian kerusi, kaedah dan asas pengagihan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang memaklumkan kerjasama politik Pas, BN dan Bersatu semakin mantap, sekali gus memperkukuhkan lagi kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan hari ini.

Katanya, tanpa menghiraukan segala spekulasi pembangkang yang hanya berupa perang psikologi semata-mata, Pas akan terus komited mendukung dan mempertahankan kedudukan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet.

Pas, katanya, yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 meskipun tarikh belum diputuskan. – MalaysiaGazette

Kerjasama semakin kukuh, Pas sedia hadapi PRU bersama PN

1 Komen

  1. Hahaha. Lebai ni lidah bercabang… Ni hari cakap lain esok ckp lain pulak.. Jgn la dok percaya dgn lebai2 politik nih

Comments are closed.