KUALA LUMPUR – Pelik juga rasanya apabila tidak sampai 22 bulan memerintah negara, kini timbul pula isu rasuah yang selama ini Pakatan Harapan laung-laungkan sebagai musuh ketat terutamanya ketika mereka menjadi kerajaan.
Agak mengelirukan di sebalik perang rasuah, tiba-tiba Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai sebanyak RM600,000 dari rumah dua anggota Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) iaitu sayap kepada Bersatu kelmarin.
Duit milik siapakah itu sebenarnya? Adakah masih hendak tuding jari kepada kerajaan UMNO atau Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini?
Itu persoalan yang dilontarkan oleh Presiden Parti Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih malah tidak begitu faham bagaimana ketika berkempen Pilihan Raya Umum ke-14 dulu, rata-rata pemimpin mendakwa kononnya negara sudah bankrap.
“Jadi mana datang duit-duit ratus ribu sehingga cecah juta ini? Kita tidak tuduh tetapi hendak juga tahu lagi-lagi bila pendedahan seperti ini datangnya dari PH yang selama ini perjuangkan anti rasuah.
“Selalunya apabila dakwaan serta tuduhan seperti ini, pastinya ramai dalam kalangan PH sudah lantang bercakap itu ini. Mengapa sekarang hanya sekadar penafian sahaja?
“Tolong terima realiti juga jika SPRM hendak siasat, janganlah tiba-tiba tampil kata kena aniya. Bila ada bekas pemimpin kena siasat, masing-masing dalam PH kata kena ikut lunas undang-undang.
“Jadi janganlah tetiba tampil kata kerajaan aniaya, undang-undang tidak adil dan sebagainya. Terima sahaja hakikat malah penyokong tegar juga tolonglah faham, intergriti untuk semua bukan satu pihak sahaja.
“Biar sahaja mahkamah dan undang-undang tentukan perkara sebenar, jangan sekadar memandai atau terus tabur fitnah atau mengabui fikiran rakyat. Sakit hati juga dengar tentang duit-duit ratus ribu dijumpai di rumah ahli-ahli parti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Sebanyak RM600,000 dirampas dari kediaman dua anggota berkenaan dan siasatan dibuat berikutan laporan polis dibuat bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti besi yang disimpan di rumahnya.
SPRM turut merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang telah disalahgunakan.
Terdahulu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Perikatan Nasional menggunakan SPRM untuk memberi tekanan kepada parti pembangkang khususnya yang menyokong beliau.
SPRM sebelum itu menolak dakwaan itu dan menegaskan siasatan yang dilakukan bukan bermotif politik dan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.
Malah Syed Saddiq mempersilakan semua pihak menyemak segala kontrak, peruntukan dan lain-lain perkara untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau makan rasuah.
Dalam ciapan di laman Twitter, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan beliau percaya bahawa “Yang hak pasti berdiri, yang bathil pasti jatuh”. –MalaysiaGazette
kena pergi ambil ikrar ag dulu lah.
yang ni lawak. Dia ingat undang-undang kebal untuk penyokong PH jer kot. Choi…PH dah tak jadi kerajaan lah… hidup ini seperti roda…
Lain kali sadiq, kalau duit hilang jangan report polis, niat sedekah sahaja kepada pencuri tu, mungkin geng kamu juga yang mencuri.
Saddiq ikut tauladan dia la.. Mr atuk…. Atuk boleh songlap berbillion ringgit pd 22tahun memerintah… Anak buah bru dpt rm600 dh kantoi.. X cukup ilmu mencuri menyonglap lg…. Kena belajar lg syed saddiq oiii…. Bodoh nk mencuri x pandai…
P. Ramlee dah kata kalau nama Saddiq mmg x leh percaya. Syed Saddiq = Saddiq Sigaraga
BABI PALING BESAR BUAT DUIT HARAM DAIM ZAINUDDIN ANK BERANSK N MAHATHIR LAKNATULLAH ANAK BERANAK…
Lima ekoq ex-bersatu ni mmg sapa pun tak hingin, PKR lagi tak nak DAP jauh sekali, Armada mcm ajak main pungkoq….jadi hangpa berlima nak pi mana? Pi hisap teloq kit siang atau biaq anwar liwat pjngkoq hangpa….tapi sapa mau pungkoq madey..
Ptuiiii…dah tua kerepot….lubang taik pun dah kematu…