Ng Suee Lim

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak akan ditumbangkan dengan mudah walaupun kerusi yang dipegangnya telah menurun dari 50 kepada 43 sekarang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Ng Suee Lim berkata, walaupun pengunduran Timbalan Speaker, Daroyah Alwi yang juga ADUN Sementa mungkin menyebabkan lebih ramai yang mengikut jejak langkahnya, tetapi ia tidak menggoncang kedudukan PH.

Suee Lim sebaliknya menjangkakan hanya seorang dua sahaja yang akan mengikut Daroyah untuk meninggalkan PH.

“Selepas ini mungkin ada seorang dua ADUN yang akan keluar parti, tetapi ia tidak akan menjejaskan pentadbiran kami di Selangor dengan mudahnya,” katanya kepada Kwong Wah Yit Poh.

Kata Suee Lim, kerajaan Selangor bercadang mencontohi kerajaan Pulau Pinang untuk memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti.

Beliau bagaimanapun mengakui undang-undang itu boleh dicabar kerana ia tidak dilaksanakan di peringkat Persekutuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Suee Lim Ni mabok beers ke? Macam sama dengan statement Puziah MP PKR cuma tidak sebut “Tak luak pun” itu sahaja yang berbeza, bab kebodihan macam setara.

Comments are closed.