Tan Sri Rais Yatim.

KUALA LUMPUR – Siapa yang jujur dan berjaya mengabdikan diri kepada rakyat paling layak menjadi Perdana Menteri, kata Tan Sri Rais Yatim.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan yang baru dilantik senator itu berkata demikian di tengah-tengah isu perebutan calon jawatan Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan sedang hebat diperkatakan.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan adakah isu jawatan lebih penting berbanding perihal tentang rakyat.

“Hari-hari kehidupan dipenuhi soalan ‘siapa akan jadi PM Malaysia? Apa, hal rakyat tak penting lagi?

“Ikutlah kebijaksanaan pepatah ‘Tak berkokok ayam takkan hari tak siang?’ Siapa perjaya mengabdikan diri untuk rakyat dengan jujur, dialah jadi Perdana Menteri,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Semalam Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, parti tersebut sekali lagi menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Justeru beliau mahu PKR membuat keputusan yang sama dengan segera.

Berbeza pula dengan Pemimpin tertinggi pusat DAP (CEC), Ronnie Liu yang tidak setuju dengan keputusan parti itu.

Beliau berkata, Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan menyebabkan perpecahan dalam DAP. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ronnie tak setuju Tun M dilantik jadi PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Rakyat hidup susuah sekarang dan dah meluat …. nampak sangat pemimpin ni rakus dgn kedudukkan PM tu.

  2. Habag kat Tun ngan Nuat, klu nak sgt jd PM, main fesbook la. PM la berapa kali pun xdak sapa nak marah. Kikiki

Comments are closed.