TERKINI : 100 Hari PN… Kerajaan Dapat Bina Semula Hubungan Dua Hala – Hishammuddin

Malaysia bangga kerana berjaya memperbaiki hubungan dua hala dengan beberapa negara yang sebelum ini dianggap tidak begitu sihat daripada segi dagangan iaitu India, China, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan positif itu tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak yang selama ini mempunyai tanggapan tiada sebarang usaha ke arah itu oleh Wisma Putra dan kerajaan semasa.

“Perkara pertama kita bangga ialah untuk memperbaiki hubungan dua hala dengan beberapa negara ini yang sememangnya tidak boleh dinafikan mana-mana pihak di luar.