Shamsul Anuar Nasarah

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak merancang untuk memecah monopoli perkhidmatan bekalan elektrik negara yang kini didominasikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pihak lain.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mengesahkan perkara itu berkata, tiada keputusan dibuat agar sektor penting negara itu dapat dikawal dengan baik.

“Setakat ini kerajaan tidak membuat keputusan (untuk pecah monopoli sektor tenaga) kerana sektor tenaga ini menjadi kepentingan kepada kerajaan.

“Kalau sektor tenaga ini banyak ia akan menyusahkan kita untuk melakukan kawalan, ” katanya dalam sidang media khas di di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mengenai kawajaran kerajaan untuk mewujudkan persaingan dalam sektor tenaga negara yang ketika kini dimoninasikan TNB.

Sementara itu, Shamsul Anuar turut memberitahu penilaian semula tarif elektrik belum dimuktamadkan lagi.

Jelasnya, tempoh kajian tertentu diperlukan untuk penilaian kadar tarif elektrik.

“Saya bagi jaminan, dalam kajian tarif yang kita buat, kepentingan rakyat akan diberikan keutamaan.

“Insya-Allah untuk tarif, kita akan buat pengumuman selepas ini,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.