TERKINI : Lima Senator Ahli Dewan Negara Yang Baharu

Lima senator mengangkat sumpah di Dewan Negara hari ini selepas pelantikan mereka diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Empat daripada mereka merupakan lantikan baharu manakala, seorang lagi adalah lantikan semula bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

\Tiga daripada senator yang mengangkat sumpah hari ini adalah dari Sarawak manakala dua lagi dari Sabah.