KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkongsi kejayaan Liverpool yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

”Tahniah buat semua penyokong Liverpool FC di Malaysia,” tulis beliau menerusi Facebook rasmi miliknya.

Beliau turut memuatnaik poster berbunyi Tahniah Liverpool Juara Liga Inggeris 2019/2020.

Awal pagi tadi, Liverpool disahkan juara EPL musim 2019/2020 walaupun berbaki tujuh perlawanan lagi pada musim ini.

Ini kerana skuad kendalian Jurgen Klop yang hanya memerlukan dua mata untuk mengesahkan kejuaraan dibantu kemenangan Chelsea ke atas Manchester City.

Ia merupakan kejuaraan yang ke-19 buat Liverpool dan yang pertama sejak penjenamaan semula Liga Perdana Inggeris pada 1992.

Sejak musim 1990-91 Liverpool telah beraksi dalam 1,149 perlawanan melibatkan 103,410 minit (tidak termasuk waktu tambahan) sebelum bergelar juara piala ke-19.

Sepanjang 30 tahun ini, The Reds merekodkan 595 kemenangan dengan 1,968 gol dan 2075 mata. – MalaysiaGazette