Rais Yatim
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Rais Yatim mempersoalkan tingkah-laku Pakatan Harapan yang hanya menumpukan pelantikan Perdana Menteri berbanding menjuarai isu-isu rakyat.

Tegurnya, adakah pelantikan Perdana Menteri adalah segala-galanya dalam agenda politik pakatan tersebut.

“Tun M kini mengangkat DS Shafie Apdal sebagai calon PM untuk konglomerat PH. Hanya bertanya … adakah ini hanya untuk politik PH: siapa yang akan menjadi PM? Bila seseorang akan menjadi PM; Berapa lama seseorang akan menjadi PM,” katanya.

Ahli Dewan Negara itu bertanya, bagaimana pula dengan kebajikan rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

Artikel berkaitan:Saya perlu cari jalan lain untuk jadi PM – Dr Mahathir

Tun M calonkan Anwar TPM untuk sedapkan telinga penyokong

Shafie calon PM-9: DAP, Amanah mahu bincang terlebih dahulu

Shafie calon PM, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan beliau bersama Parti Amanah Negara, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan DAP mencalonkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Mohd Shafie merupakan Presiden Warisan.

Katanya, keputusan tersebut dibuat selepas beliau mengadakan perbincangan tidak rasmi bersama Shafie; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dan beberapa Ahli Parlimen lain seperti Anthony Loke, M. Kulasegaran, Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai dalam satu pertemuan di Rumah Tetamu Sabah dekat sini dua hari lalu. – MalaysiaGazette