PRK CHINI : BN Menang Besar dan Bergaya, Isyarat Warga Felda Kembali Menyokong – Najib Razak

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan bahawa masyarakat Felda di Chini akan memberikan kemenangan besar kepada calon parti itu, Mohd Sharim Md Zain.

Najib berkata sekiranya kemenangan besar itu dicapai, maka ia membuktikan masyarakat Felda kembali menyokong parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.