KUALA LUMPUR –  OURSHOP, platform e-dagang Teleport menggunakan sumbernya untuk membantu petani tempatan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Teleport adalah syarikat milik AirAsia.

OURSHOP melancarkan kategori baharu yang dinamakan OURFRESH yang menawarkan produk segar dan sejuk beku terus dari sumber dengan penghantaran ‘dijamin sampai esok’ untuk pelanggan di Lembah Klang.

”Kami lihat produk segar dan sejuk beku semakin berkembang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, kami memperkenalkan kategori OURFRESH di bawah platform e-dagang ini dengan kemudahan penghantaran pada keesokan hari dan harga yang kompetitif.

”Kami mahu pengeluar tempatan berkembang lebih jauh daripada pasaran tradisional dan menghubungkan mereka kepada pelanggan baharu dengan perkhidmatan penghantaran yang dijamin sampai esok. Kami akan bermula dari Lembah Klang dan akan meluaskan perkhidmatan ini di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sebelum ke rantau ASEAN,” katanya.

Ketua Pemasaran OURSHOP, Grace Chin berkata, semua peniaga di platform ini juga akan diberikan peluang untuk mendaftar kursus bagi menggiatkan dan menambah baik sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) oleh Redbeat Academy bersama Google tanpa sebarang caj.

FAMA adalah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menambah baik pemasaran bagi produk makanan pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri asas tani dan memastikan harganya berpatutan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) FAMA, Datuk Abdul Ghariff bin Ramin berkata, kerjasama FAMA dan OURSHOP akan memberikan manfaat platform e-dagang yang dapat membantu dan meluaskan bisnes pertanian lebih jauh serta memberi nilai berpatutan kepada pelanggan.

Bagi menyokong objektif ini, OURSHOP telah mendaftar sebagai pedagang Agrobazaar Malaysia, di bawah FAMA.

Usaha ini bagi menyediakan bantuan dalam e-dagang untuk membantu para petani dan peniaga di bawah FAMA dari segi pemasaran.

OURSHOP akan memaparkan lebih 200 produk petani dari pelbagai kategori termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan ikan.

Dari sekarang hingga 31 Julai, pelanggan di Lembah Klang boleh menikmati penghantaran percuma dengan OURSHOP.
Selain itu, nikmati jualan istimewa pada 7 Julai hanya untuk satu hari dengan diskaun sehingga 70%. – MalaysiaGazette