Mohd Zai Mustafa
Pengerusi Gerakan Ummah Malaysia (Ummah), Mohd Zai Mustafa

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) membantah penyiaran dokumentari oleh agensi berita Al-Jazeera yang memaparkan fakta salah dan memberi gambaran negatif terhadap kerajaan Malaysia sebagai anti pendatang asing tanpa izin (PATI) serta bersikap tidak berperikemanusiaan.

Pengerusinya, Mohd Zai Mustafa menegaskan, Al-Jazeera seolah-olah mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara menyimpan PATI tanpa dokumen yang sah.

“Adakah ini satu promosi bahawa Malaysia adalah sebuah negara tempat orang buangan tanpa dokumen? Agenda Al-Jazeera sangat kolot.

“Semua negara mempunyai undang-undang masuk ke sesebuah negara termasuk Malaysia. Dokumen masuk dan tinggal di negara ini mestilah sah di sisi perundangan negara dan antarabangsa.

“Bagi yang tiada dokumen perjalanan ia dianggap melanggar undang-undang sebagai PATI dan melanggar undang-undang di negara ini dan juga semua negara di dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas laporan saluran berita antarabangsa Al-Jazeera berhubung dakwaan wujud diskriminasi dan isu perkauman terhadap warga asing ketika Malaysia mengendalikan pandemik Covid-19.

Artikel berkaitan: Polis siasat Al Jazeera

Laporan Al-Jazeera menerusi video berdurasi 25 minit 50 saat itu bertajuk “Locked Up in Malaysia’S Lock down” yang mula disiarkan kepada umum, sejak Ahad lalu.

Ummah melahirkan rasa kesal apabila cara Malaysia menguruskan penularan pandemik Covid 19 adalah yang terbaik di dunia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa tidak pula didokumentarikan oleh media antarabangsa itu.

Artikel berkaitan: Siapa dalang di sebalik dokumentari Al Jazeera? – Zahida

“Sepatutnya ini yang didokumentarikan kerana Malaysia telah menyumbang satu contoh penyelesaian yang bijak dan boleh dicontohi oleh negara lain tapi bukan sebaliknya.

“Nampaknya Al-Jazeera telah memaparkan sisi ‘buta’ dalam memaparkan beritanya kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. selain dari al Jazeera yg perlu di ambil tindakan… semua dalang-dalang bawa masuk pati harus di hukum gantung sampai mati

Comments are closed.