Ahmad Maslan
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad diingatkan agar tidak menghina ‘kawan lama’ ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang bekerjasama dengan Muafakat Nasional (MN) dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan juga mengingatkan ahli Parlimen Mersing itu yang tiada jaminan jawatan yang digalas beliau ketika ini kekal selama-lamanya.

“Jadi menteri bukan lama, kerajaan tidak selamanya. Ketika berjawatan jangan sombong, kelak jatuh tidak tertanggung.

“Jangan dihina kawan lama, kerana mereka ada jasa, jangan terlalu puji kawan baru, banyak yang masih kita tidak tahu,

“Merendah bukannya hina, waspadalah bertutur kata,” katanya dalam rangkap pantun yang diciapnya di Twitter miliknya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff semalam yang enggan melayan permintaan Asyraf Wajdi bagi memberi penjelasan mengenai kenyataannya secara terbuka dengan mengatakan UMNO tidak laku di Sabah. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. hahahha..tapi ingat penyamun tetap penyamun.. walaupun dia cuba nak berjubah..kecuali dia dah bertaubat.. tapi nampak gaya nya semua tumbuh tanduk kembali…

  2. hidayah milik ALLAH,
    hanya ALLAH sebaik2 penilai niat seseorg,
    ISLAM pun menyeru semua umatnya untuk “BERSANGKA BAIK”,
    namun FITNAH juga yg dijadikan makanan

  3. Bagi orang yang lupa diri dan tak kenang jasa kita kena humban dia ke kolsm takungan najis. Apa maaf maaf.

Comments are closed.