Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – DAP mempertahankan tindakan Pembantu Menteri Negeri Sabah, Jannie Lasimbang yang menolak politik wang dan tawaran jawatan bagi mengkhianati mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini telah memberi amaran bahawa jentera negara telah dimanipulasikan untuk menakutkan wakil-wakil rakyat dan menggalakkan pengkhianatan bagi menjatuhkan kerajaan negeri dan menubuhkan kerajaan baharu yang menyokong kerajaan persekutuan.

“Shafie juga tegas menentang penubuhan kerajaan pintu belakang PN dan sebaliknya menghormati keputusan rakyat 2018 untuk memberi mandat kepada Pakatan Harapan ++.

“Tambahan pula terdapat laporan yang disebarkan tentang cubaan untuk menggunakan politik jijik bagi membeli wakil-wakil rakyat dengan jawatan dan duit.,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, DAP menentang tawaran sebegini, malah ada yang sanggup menawarkan sejumlah RM32 juta selain jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Bagi membuktikan jentera kerajaan tidak digunakan sebagai alat politik, tambah beliau, tindakan tegas harus diambil terhadap ‘saudagar katak’ dan ejen politik.

Sementara itu, Guan Eng memberitahu, DAP memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri pimpinan Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah.

“DAP akan memberi dokongan dan bantuan kepakaran undang-undang kepada semua wakil rakyat kami di Sabah yang diganggu dan diugut.

Beliau mendakwa, Jannie Lasimbang kini diancam dengan tindakan undang-undang kerana mendedahkan apa yang terjadi.

Berikutan itu latanya, beliau telah meminta peguam-peguam kanan DAP iaitu Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Biro Guaman DAP, Ram Karpal untuk memberikan bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Siapa yang terlibat dengan politik Wang atau salah Guna kuasa elok lah Letak jawatan. Rakyat Sudah boleh menilai. Tidak perlu masuk bertanding pada PRU 15.

Comments are closed.