Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas dia bertindak memanjat pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur petang tadi ketika di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 28 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penyokong Datuk Seri Najib Razak ditahan polis selepas cuba memanjat pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Bagaimanapun motif lelaki berkenaan berbuat demikian tidak dapat dipastikan.

Ia berlaku ketika kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri itu sedang berkumpul di pintu utama mahkamah berkenaan.

Lelaki berbangsa Cina berusia 33 tahun itu bagaimanapun ditahan di pondok keselamatan mahkamah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menaiki kereta peronda polis.

Insiden itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S.Shamugamoorthy Chinniah dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette