KUALA LUMPUR – Ribuan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bersorak dan meluangkan Hidup Rakyat dan Allahuakbar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini.
Kekecohan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum disuraikan pihak polis susulan mereka berkumpul dengan rapat hingga melanggari Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.
Enggan bersurai, pihak polis terpaksa menggunakan pembesar suara dalam kenderaan Unit Tempur Ringan PDRM dan memberi amaran berulang kali susulan kesesakan boleh dilihat di pintu pagar utama mahkamah itu.
Petugas media juga tidak terlepas daripada amaran sama kerana tiada penjarakan sosial ketika membuat rakaman gambar dan video terhadap kekecohan itu. – MalaysiaGazette
Jom kita sokong MN … Hapuskan PN.. Ada umat dlm PN mahu menopoli umno.
Ramai yang sedang meneliti hujahan2 hakim?