TERKINI : Polis Jangan Berat Sebelah “Isu Himpunan di Mahkamah” – Pemuda Pakatan Harapan

Pemuda Pakatan Harapan hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membolehkan polis bertindak ke atas peserta yang berhimpun di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semalam.

Wakil pemuda PH, P. Prabakaran dari PKR bersama wakil pemuda DAP dan Amanah menyifatkan himpunan itu satu tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu sehingga mengingkari dan mengabaikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Kesihatan Covid-19 kerajaan.