Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin ketika membuat lawatan ke kawasan Bukit Antarabangsa, di Cadangan Tapak Laman Rekreasi dan Cadangan Tapak Dusun Bandar, Taman Bukit Mulia, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 30 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR  – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak mempedulikan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan beliau dan 20 bekas pemimpin parti itu membayar pampasan RM10 juta dalam tempoh seminggu bagi mengelak prosiding mahkamah.

Malah secara sinikal bekas pemimpin PKR itu mengalu-alukan Ahli Parlimen Port Dickson itu untuk mencuba nasib menuntut wang pampasan berkenaan yang didakwa kerana ‘kesalahan’ mereka melompat parti.

Lagi pun, Zuraida tidak fikir Anwar akan berjaya mendapatkan wang pampasan yang dituntut dari lebih 20 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pernah menganggotai PKR sebelum dipecat kepimpinan tertinggi.

“Im not bothered on it (tuntutan Anwar). Bring it on because i didn’t defect…i was fired actually in the first place.

“And i think for other rest of the friends there is a clause that can be covered. So we are not worried.

So bring it on Anwar. If you (Anwar) need money you can bring it on (cuba kutip pampasan RM10 juta dari bekas pemimpin PKR). But i don’t think he will get the money,” katanya kepada wakil media selepas turun ke kawasan parlimennya bagi mendengar dan meninjau masalah penduduk hari ini.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga menjelaskan, Anwar boleh menuntut atau mengutip wang pampasan RM10 juta itu pada bila-bila masa yang dia mahukan apatah lagi esok pun mungkin boleh berlaku.

He can ask tomorrow, but we don’t give him a damn,” tegasnya lagi.

Semalam, Anwar menerusi Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, parti megeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ADUN yang bertindak keluar dari parti itu untuk menuntut RM10 juta setiap seorang termasuk daripada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Alli serta Zuraida.

Tuntutan itu didakwa merupakan bayaran pampasan yang telah dipersetujui mereka sebelum ini untuk dibayar sekiranya mereka berpaling tadah daripada PKR, dan memperuntukkan kerusi itu untuk kepentingan peribadi, di samping menggunakannya bagi tujuan yang bertentangan daripada kepentingan parti.

ARTIKEL BERKAITAN:

PKR tuntut 20 wakil rakyat keluar parti bayar RM10 juta dalam tempoh 7 hari