TERKINI : PH Akan Pertimbangkan Parti Baharu Tun M – Anwar Ibrahim

Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan permohonan mana-mana parti politik termasuk parti baharu yang akan ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai komponen gabungan itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk menyertai PH.

“Dia (Mahathir) tak minta pun, kalau dia minta…kita timbangkanlah, biar dia minta dulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Jelajah Presiden PKR ke Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor malam ini.