Keratan media dimuatnaik TMJ di Twitternya mengenai Sultan Johor pernah menghadiahkan kapal terbang kepada British.-Gambar Twitter TMJ.

KUALA LUMPUR – “So ironi, cakap pasal rakyat susah tapi tayang bawa kereta berjuta.”

Itu ciapan cucu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz di Twitternya baru-baru ini dengan memuatnaik video Tunku Mahkota Johor (TMJ) memandu kereta mewah baru-baru ini.

Ia sebagai respon kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap hasrat Mahathir yang mahu menubuhkan parti politik baharu.

Bagaimanapun, TMJ membalasnya di Twitter.

“Beli pakai duit sendiri. Bukan ambil duit rakyat macam your boss. What atau how much your boss bagi sumbangan kepada rakyat selama ini kalau nak dibandingkan dengan sumbangan Keluarga DiRaja Johor kepada rakyat?” soal TMJ.

Selain Adam, seorang lagi cucu Mahathir, Serena juga seakan-akan mempersoalkan TMJ dengan ciapan di Twitternya; “Where did u get ur money boss?”

Kali ini TMJ membalasnya dengan memuatnaik keratan akhbar mengenai keturunannya pernah menghadiahkan kapal terbang kepada British pada tahun 1885.

“Alhamdulillah, berkat berniaga since 1885, we’re blessed by good fortune. Even hadiahkan Brit Govt aeroplanes before yr grandfather was born. Now may i knw how yr fam became so rich? Just a ? because I dream of being as rich as yr Fam. I hope they wld be so kind to teach me.” tulis TMJ.

Ciapan TMJ itu mendapat perhatian ramai netizen di Twitter.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Harap sebuah badan bebas dapat ditubuh untuk menilai kesemua barang2 kemas, kereta2, kuda2 dan kesemua hadiah2 yang diberikan oleh ketua2 negara semasa pemerintahan Atuk?

    Ramai yang nak tahu nilai sebenar mengikut pasaran semasa?

  2. Dia tak tau lagi bahawa dia sebenarnya keturunan pariah. Datang sini naik sampan hanyut. Macam rohingya. Keturunan dia ambil hak rakyat hak orang melayu. Hak orang islam. Sampai sekarang keturunan makan duit haram. Jadi tengok muka pada cermin. Memang kau ni muka tak tau malu. Ada hati nak mengata anak raja bangsa johor. Muka tak tau malu dan kurang ajar.

  3. Bila lagi kerajaan nak siasat hasil kekayaan berbilion anak2 dan cucu mahathir mohamad…. Makin biadap pula cucu nya… Siasat dan rampas mana2 hasil dari rasuah yg di lakukan oleh mahathir dan anak2 nya tidak kira di mana kekayaan itu di simpan…. SPRM tolong siasat

Comments are closed.