Gambar hiasan

ZURICH – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memaklumkan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas perlu memakai pelitup muka sama seperti dewasa bagi membendung penularan Covid-19.

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas perlu memakai pelitup muka apabila penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter tidak boleh dipastikan, lapor Reuters.

Mereka juga wajib memakai pelitup muka apabila berada di kawasan yang mana penularan jangkitan adalah tinggi, kata WHO dan UNICEF dalam satu dokumen di laman web WHO baru-baru ini.

Bagi kanak-kanak berusia di antara enam hingga 11 tahun pula, pemakaian pelitup muka bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar jangkitan di kawasan tersebut, keupayaan kanak-kanak berkenaan untuk memakai pelitup muka, akses kepada pelitup muka serta pemantauan dewasa yang mencukupi.

Potensi impak terhadap pembelajaran dan pembangunan psiko-sosial serta interaksi di antara kanak-kanak dengan orang ramai yang berisiko tinggi turut memainkan peranan.

Kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah tidak diwajibkan memakai pelitup muka di atas faktor keselamatan dan kepentingan menyeluruh kanak-kanak tersebut, kata WHO dan UNICEF lagi.

Terdapat kajian-kajian menunjukkan kanak-kanak yang lebih tua berpotensi untuk menyebarkan koronavirus lebih meluas berbanding kanak-kanak yang lebih muda, kata WHO dan UNICEF.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast