Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan kenyataan Lim Guan Eng bahawa 101 projek rundingan terus telah dibentangkan di Kabinet

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan sepanjang pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebanyak 101 projek dengan perolehan berjumlah RM6.61 bilion telah ditawarkan secara rundingan terus.

Pendedahan itu menyebabkan Ahli Parlimen kerajaan mendesak bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan kepada awam berhubung peruntukan yang begitu besar dilakukan secara rundingan terus.

Guan Eng yang selama ini cuba menafikan menggunakan wang sejumlah itu sepanjang 22 bulan memegang jawatan Menteri Kewangan, kali ini tidak dapat memberi alasan lagi.

Beliau ditekan bertubi-tubi oleh Ahli Parlimen kerajaan iaitu Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling-BN), Tan Sri Noh Omar (Tanjung Malim-BN) dan Datuk Sei Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-BN) supaya mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut bangun mencelah, dengan mendedahkan peruntukan itu tidak pernah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet.

“YB Bagan tidak pernah bincang peruntukan RM6.61 bilion ini dalam Mesyuarat Kabinet,” katanya di Parlimen, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun juga turut bangun untuk mengesahkan dakwaan Mohamed Azmin bahawa tidak ada sebarang agenda berhubung peruntukan itu untuk dibincangkan kepada Kabinet.

Pendedahan ini mencetuskan kekecohan apabila ada di kalangan Ahli Parlimen pembangkang cuba menyangkal dakwaan Mohamed Azmin.

Suasana dewan menjadi kecoh apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang bangun dan menempelak Azmin sambil berkata, Ahli Parlimen Gombak itu juga berada dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Ada juga yang mendesak Tengku Zafrul mendedahkan senarai projek runding terus itu bagi menyokong pendedahannya itu.

Dalam suasana kecoh itu Azmin terus mengulangi kenyataanny bahawa sememangnya tidak pernah dibentangkan dalam Kabinet perihal projek rundingan terus yang bernilai RM6.1 bilion itu. –  MalaysiaGazette

 

 

5 Komen

  1. Apa nak heran. Puak ni mmg jenis buat kerja senyap2. Tak mcm kerajaan melayu. Heboh merata pastu yg tukang hantam pun sama melayu. Walhal projek utk anak bangsa gak pun. Tgk puak satu tu, senyapppp ja makan besaq. Klu kat menteri melayu kita kaa, bru mkn udang galah, bising satu negara.

  2. Guan Eng ni jilake betul dengan cara kuasanya dia mewah menggunakan Wang Rakyat secara Long Rangers memberi project bawah 7billion terus pada company dia nak.
    Patutlah Hatok Der sayang Apek ni setaraf boboy, Hatok Ada “senyum” juga ke bincang ehem-ehem berapa Lori? Kisah projects ni MP Pengencing pun tidak tahu disebabkan itulah mereka asyik cari salah kerajaan PN, setelah dibongkar apakah MP 6jahanam PAN PKR serta Warisan tidak mahu menyelit untuk bertanya Lim Guan Eng? Celah-celah lah sikit…..

  3. Laaaa apa nak heran…ni memang perangai Guan Eng dan Medey…yg ahli parlimen pembangkang terlolong-lolong tu…korang bukan ada dalam kabinet pun!

Comments are closed.