Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri). - Gambar fail MG.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memintanya memohon maaf kerana pembangkang menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020.

Beliau yang sedang membahaskan (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 dengan nada marah menyifatkan Shahidan bukan sahaja terlepas malah tidak menumpukan sepenuhnya perbahasan beliau tetapi mencelah dengan soalan yang ‘lari’ dari maksud asal, iaitu kenapa pembangkang menolak RUU Perbekalan 2020.

“Arau ini (Shahidan) cara dia mencelah tu, betul tetapi dia tidak dengar habis perbahasan saya (sokong) RUU Covid-19 dan nak samakan dengan (penolakan pembangkang) RUU Perbekalan 2020. Ini masalahnya.

“Kita (pembangkang) bantah (RUU Perbekalan) sebab dalam keadaan kemelut, patut kementerian dikurangkan, tumpu bantu rakyat. Rakyat menganggur ada satu juta orang lebih.

“Yang kamu kira (minta pembangkang sokong) hendak bagi orang besar mengkedarah (makan) wang lebih, ini yang kita bantah,” katanya ketika membahaskan RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 di Parlimen hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memberi jaminan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bahawa pembangkang akan menyokong RUU Covid-19 malah minta kerajaan menambah dana untuk mengurangkan beban rakyat.

“Bagi faham yang ini dahulu, yang lain YB Arau jangan bimbang, RUU Covid-19 dan pakej rangsangan ini, kita sokong malah kita minta tambah untuk mengurangkan beban rakyat.

“Untuk masalah pembangunan, kita sedia bantu dan sokong kerajaan. Kalau pun kerajaan nak tambah peruntukan dana pasca Covid-19, kita sanggup sokong tapi janganlah sokong membawa rebah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Masa pH jd kera jaan… Bukan kata bagi malah di tarik balik elaun macam untuk rakyat. Syukur masa covid 19 bukan PH memerintah.. Kalau tidak sesen rakyat x dapat dari kera jaan alasan tiada duit… Phuiii

  2. sekarang ni pembangkang asyik ckap sokong jer…sebab yg bagi duit bukan ph lagi..cuba ph yg memerintah..agak2 klu orng bn bagi cdangan suruh kuarkan peruntukkan utk rakyat, agak2 dia orang bagi x…??sedangkan duit brim kena potong..

  3. Memang layak jadi pembakang je lah huhu..klau jadi pemerintah kebodohan je yg terserlah..

  4. Mcai & walaun buat jelah dosa saham banyak2.
    Berkomplot dgn perasuah, pengkhianat & penunggang agama semalaysia.

    Akhir zaman dah tak tahu beza halal & haram.

    Seronok syaitan ramai pengikut.

Comments are closed.