Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak mentah bercampur-campur hari ini susulan pengurangan pengeluaran secara besar-besaran ekoran taufan Marco dan Laura yang melanda di Teluk Amerika Syarikat (AS), selain peningkatan kes koronavirus di Asia dan Eropah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent LCOc1 menokok AS$0.05 atau 0.1%, kepada AS$ 45.18 setong pada 0055 GMT.

Sementara minyak mentah AS West Texas Intermediate CLc1 turun AS$0.09 atau 0.2%, pada AS$42.53 setong.

Syarikat tenaga mengurangkan pengeluaran di kilang minyak Pantai Teluk AS setelah menutup 82% daripada pengeluaran minyak mentah luar pesisir kawasan itu kerana serangan dua taufan sekalihus, yang jarang berlaku di wilayah minyak utama AS.

Pengeluar telah menutup lebih daripada 1.5 juta tong pengeluaran minyak sehari di pesisir Pantai Teluk, hampir 14% daripada jumlah pengeluaran negara. – MalaysiaGazette