Orang ramai memakai pelitup muka semasa beratur mengisi borang sebelum memasuki sebuah hospital di Seoul. foto Reuters

SEOUL – Korea Selatan melaporkan lebih daripada 300 kes jangkitan koronavirus – hari ke-16 yang menyaksikan kenaikan tiga digit.

Lonjakan kes itu menimbulkan kebimbangan kekurangan katik hospital di tengah-tengah kebangkitan gelombangan Covid-19.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC) mencatatkan 308 kes baru pada tengah malam Jumaat, menjadikan jumlah jangkitan kepada 19,400, termasuk 321 kematian.

Dengan meningkatnya kes berkenaan, tahap penempatan katil hospital hanya berbaki 4.5 peratus – dikhususkan untuk kes-kes kritikal, susut daripada 22 peratus seminggu sebelumnya.

Katil untuk pesakit Covid-19 kini tinggal 24 peratus berbanding 37 peratus minggu lalu.

“Hanya sekitar 15 katil tersedia di Seoul untuk pesakit kritikal kerana terdapat banyak pesakit dalam keadaan serius dan perlu dimasukkan ke hospital,” kata Yoon Tae-ho, Ketua Pengarah Dasar Kesihatan Awam di Kementerian Kesihatan.

Kerajaan telah mengarahkan penutupan restoran di wilayah ibu kota, ketika wabak koronavirus meletus di gereja, pejabat, rumah jagaan dan kemudahan perubatan. – MalaysiaGazette