Pekerja kubur sedang menggali tanah berikutan peningkatan kes Covid-19. foto Agensi

RIO DE JANEIRO – Brazil sudah melepasi 120,000 orang terkorban akibat Covid-19 selepas enam bulan merekodkan kes pertama koronavirus.

Negara yang berjumlah 212 juta orang kini telah mencatatkan 120,262 kematian akibat virus dan 3,846,153 jangkitan, kata Kementerian Kesihatan dalam data terkini.

Brazil adalah negara kedua yang merekodkan angka kematian melepasi 120,000 orang, selepas Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat merekodkan lebih 182,000 angka korban Covid-19.

Tidak seperti di Eropah dan Asia, yang mana virus itu menyerang dengan teruk, wabak koronavirus di Brazil terus meningkat dengan perlahan tetapi stabil, kata Christovam Barcellos, seorang penyelidik di Institut Kesihatan Awam Fiocruz.

”Brazil adalah unik di dunia. Sejak pandemik bermula, keluk wabak berbeza dengan negara-negara lain iaitu lebih rendah.

“Ia stabil tetapi pada tahap sangat bahaya. Hampir 1,000 kematian dan 40,000 kes setiap kes.

“Brazil masih belum berada pada kemuncak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast