Yoshihide Suga. foto Agensi

TOKYO – Yoshihide Suga disebut-sebut sebagai calon terbaik untuk mengganti Shinzo Abe.

Abe mengumumkan untuk melepaskan jawatan selepas tahap kesihatannya merosot.

Beliau bertarung dengan penyakit ulcerative colitis sejak beberapa tahun lalu dan dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu telah menimbulkan persoalan sama ada beliau boleh kekal memegang jawatan berkenaan hingga tamat tempoh iaitu pada September tahun depan.

Walaupun beberapa calon lain berminat untuk menggantikan Abe, tetapi Suga, 71, pula berkata, beliau tidak berminat dengan jawatan itu.

Namun, beberapa pihak mahu Saga menjadi pengganti Abe.

“Kami mahu Suga menggantikan Abe,” kata Profesor Sains Politik Universiti Sophia, Koichi Nakano.

Dalam wawancara dengan Reuters minggu ini, Suga menekankan perlunya memacu pertumbuhan ekonomi kerana mengetatkan sekatan untuk membendung virus itu, menunjukkan perlunya mempromosikan sektor pelancongan.

“Kita perlu mempertimbangkan apa yang dapat kita lakukan untuk mencegah ekonomi terus menjunam,” kata Suga.

Seorang ahli politik, Suga dipilih oleh Abe pada tahun 2012 sebagai Ketua Setiausaha Kabinet, bertindak sebagai jurucakap pemerintah tertinggi, menyelaraskan dasar dan mengejar birokrat.

Bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, 63, juga popular dalam kalangan ramai, juga berminat untuk menjadi pengganti Abe.

Manakala bekas Menteri Luar Negeri, Fumio Kishida, 63, yang lama dianggap sebagai pewaris Abe, juga mahu mencalonkan diri dalam pemilihan parti.

Menteri Pertahanan Taro Kono, 56, dan Menteri Luar Negeri Toshimitsu Motegi, 64, turut disebut sebagai calon pengganti Abe.

Menteri Alam Sekitar, Shinjiro Koizumi juga berminat untuk berada dalam persaingan tersebut tetapi beliau terlalu muda. – MalaysiaGazette