Yoshihide Suga. foto Agensi

TOKYO – Jurucakap Kerajaan Jepun, Yoshihide Suga menjadi pilihan pengundi untuk menggantikan Perdana Menteri Shinzo Abe, menurut tinjauan yang keluarkan oleh akhbar Mainichi Shimbun.

Kira-kira 44% responden, memaklumkan akan memilih Suga sebagai pengganti Abe.

Sementara 36% lagi mahu memilih bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba.

Undian itu dijalankan oleh akhbar berkenaan dan Pusat Penyelidikan Tinjauan Sosial menunjukkan Ketua Setiausaha Kabinet menjadi calon paling popular dalam kalaangan pengundi biasa.

Pemilihan kepemimpinan LDP akan diadakan pada 14 September, dengan anggota parlimen LDP dan wakil parti serantau memberikan suara. Pemenangnya hampir pasti akan menjadi perdana kerana majoriti LDP di parlimen.

Tinjauan ini sekali gus menyaksikan Suga sebagai pilihan penyokong-penyokong Parti Liberal Demokratik (LDP).

Pilihan Raya kepimpinan LDP akan diadakan pada 14 September ini dengan anggota parlimen LDP dan wakil parti serantau akan melakukan undi.

Pemenangnya hampir pasti akan menjadi perdana menteri kerana LDP adalah parti majoriti di Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast