Pengunjung memasuki pusat beli-belah Eaton Centre dengan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. foto Reuters

TORONTO – Kanada melaporkan sifar kematian Covid-19 dalam tempoh 24 jam – buat pertama kalinya sejak 15 Mac, menurut data agensi kesihatan awam.

Kanada merekodkan sejumlah 9,163 kes kematian akibat wabak itu pada 11 September, sama dengan jumlah kematian yang dilaporkan pada 10 September.

Tetapi jumlah kes positif meningkat sebanyak 702 menjadi 135,626 pada 11 September berbanding sehari sebelumnya. – MalaysiaGazette