Kartunis Jering atau nama sebenar Nor Azman Mohamad.

KUALA LUMPUR – Kartunis Jering atau nama sebenarnya Nor Azman Mohamad meninggal dunia di Hospital Kajang awal pagi tadi.

Berita sedih itu dikongsikan oleh Facebook Rumah Kartun dan Komik Malaysia.

Jenazah akan dibawa pulang di rumahnya di Kampung Sungai Jai, Beranang, Selangor dan dikebumikan pagi ini.

Difahamkan Nor Azman dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak awal bulan ini selepas mengalami koma.

Allahyarham adalah antara kartunis awal menyumbang karya dalam Majalah Ujang sekitar pertengahan 1990-an dan popular menerusi siri Maikel.

Beliau adalah seangkatan dengan nama-nama besar kartunis di majalah lawak popular itu yang menggunakan nama samaran seperti Bijan, Sukun, Ubi, Duku, Halia dan Sireh. – MalaysiaGazette