KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Idris Mat Diah yang membawa watak Pak Andak dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’, meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita kematian Idris, 61, disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Menurut anak Allahyarham, Alia, ayahnya tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi, mereka menghubungi pihak ambulans yang kemudiannya mengesahkan arwah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi,” kata Hafiz.

Hafiz berkata, jenazah Allahyarham kini dalam perjalanan dari Putrajaya ke rumah mereka di Kepong dan akan diuruskan di Masjid Al-Faizin Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Lagong.

“Anak arwah juga memaklumkan jika arwah ada berhutang pada sesiapa beliau memohon agar menghubungi pihak waris,” katanya menambah Seniman Malaysia turut mengucapkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham.

Selain drama 7 Hari Mencintaiku, Allahyarham juga pernah muncul dalam drama Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir dan Zahir Tak Terucap. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast