Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Malaysia Airlines Bhd. (MAB) terpaksa menangguhkan pembayaran selama enam bulan kepada pemegang-pemegang sukuk bernilai RM1.5 bilion.

Dalam satu notis di laman web Bank Negara Malaysia, CIMB Investment Bank berkata, MAB telah mengeluarkan notis penangguhan tersebut minggu lepas bagi agihan bertempoh 30 September ini dengan nilai nominal RM1.5 bilion.

Bayaran akan dibuat semula pada tarikh agihan seterusnya pada 31 Mac tahun depan, kata notis berkenaan.

CIMB Investment merupakan ejen kepada penerbitan sukuk musharakah tesebut.

Syarikat penerbangan nasional itu mengalami masalah kewangan teruk berikutan pandemik yang melanda dunia sehingga menyebabkan operasi penerbangan terpaksa digantung selama beberapa bulan.- Agensi