Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional, Bersatu dan Pas menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media mendakwa telah memperoleh sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan baharu sebagai taktik gila dan murahan.

Dalam kenyataaan di sini, ketiga-tiga Setiausaha Agung parti-parti berkenaan sepakat bahawa Presiden PKR itu cuba memberi gambaran bahawa beliau mendapat dokongan parti-parti dalam kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kami ingin menegaskan bahawa semua parti yang berkerjasama dalam kerajaan, khususnya BN BERSATU PAS DAN GPS kekal berdiri teguh menyokong kepimpinan YAB TSMY.

“Kami menganggap tindakan DSAI ini merupakan satu lagi taktik gila dan murahan seperti mana yang pernah berkali-kali beliau lakukan sebelum ini,” kata mereka.

Menurut ketiga-tiga pemimpin itu juga, tindakan Anwar itu menggambarkan sikap rakus, gila kuasa, dan sama sekali tidak mempedulikan kestabilan politik yang boleh menjejaskan ekonomi negara serta nasib rakyat.

“Kita yakin rakyat akan bangkit menolak politik sebegini,malah akan bersolidariti bersama kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri,” kata mereka. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. Apa yg DSai dah janji kat DSzh… mcm2 langkah dah ni, langkah sheraton, langkah le meridien , yg ada dah nk langkah ke kubor.. apa langkah lg lps ni .. langkah seribu.. Jgn risau kita langkah perlahan2…

  2. tak habis-habis orang politik nak berkuasa, jangan jadi gila talak sudah…. suasana ini menyusahkan rakyat, patutlah saham BSKL merudum rupanya anuar punya angkara sebar berita.

  3. Meroyan teruk dah anwar ni… X lama duk hospital gila kot… Kemaruk sangat2.. Kekalkan lah PM tepi sampai bila2 wahai anwar… Rakyat dah x sokong PH lg

  4. Anwar makin gila teruk sangat dah…
    Tindakan gilababi anwar telah menggugat kestabilan ekonomi dan negara.. Kestabilan ekonomi amat bergantung kpd kestabilan politik negara..
    Sbb tu masa PH Pakatan Haramj….dah penipu rakyat memerintah negara 22 bln ekonomi jadi tk menentu..
    Hari ni anwar buat gilababi plak mcmna September 2008 dulu..

  5. anwar ingat bila masuk september ada peluang jadi PM9,,sebab tu dia umum…kan bulan oktober jadi tragedi..tny awie

Comments are closed.