Dr Mike Ryan. Foto Reuters

NEW YORK – Jumlah kematian akibat Covid-19 mungkin meningkat kepada dua juta sebelum vaksin dapat digunakan secara meluas.

Angka korban itu boleh menjadi lebih tinggi lagi jika tiada tindakan bersepadu untuk membendung wabak itu, Ketua Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan.

“Kecuali kita melakukan semuanya, (dua juta kematian) … bukan bayangan, tetapi sangat menyedihkan,” katanya dalam taklimat.

Jumlah kematian akibat koronavirus itu hampir satu juta sejak ia ditemui di China kira-kira sembilan bulan lalu.

“Kita belum selamat di mana-mana,” katanya.

Tambahnya, golongan muda tidak boleh disalahkan ekoran peningkatan jangkitan baru-baru ini walaupun terdapat kebimbangan bahawa mereka menjadi pemacu penyebaran wabak ini ketika sekatan pergerakan dilonggarkan di seluruh dunia.

Badan itu masih berbincang dengan China kemungkinan pembabitan negara itu dalam skim pembiayaan Covax yang dirancang untuk menjamin akses paling cepat dan adil di seluruh dunia terhadap vaksin Covid-19.

“Kami sedang berbincang dengan China mengenai peranan yang mungkin dapat membantu,” kata Bruce Aylward, Penasihat Kanan WHO dan Ketua Program ACT-Accelerator untuk menyokong vaksin, rawatan dan diagnostik terhadap Covid-19.

Beliau mengesahkan Taiwan telah mendaftar dalam skim ini, walaupun bukan anggota WHO, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 159 peserta.

Sebanyak 34 lagi masih membuat keputusan.

Pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata, pandemik Covid-19 benar-benar menguji kerjasama antarabangsa yang mana sebenarnya gagal.

Perbincangan dengan China juga merangkumi mengenai ekonomi kedua terbesar di dunia yang berpotensi memberikan vaksin kepada skim itu, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast