Tuesday, March 19, 2024
Home Dunia Covid-19: Kes kematian global cecah 987,038 orang

Covid-19: Kes kematian global cecah 987,038 orang

Lapan lelaki didenda menggali kubur korban Covid-19 kerana tidak memakai pelitup muka di Jakarta, Indonesia.- Foto Agensi
AMERIKA SYARIKAT – Jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 kini mencecah 987,036 orang di seluruh dunia dengan kenaikan lebih 6,000 kesĀ  dicatatkan dalam tempoh 24 jam.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 203,000 kes dan diikuti Brazil dengan 139,000 kes.
India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 92,000 dan 75,000 angka korban.
Sementara itu, United Kingdom mencatatkan 42,000 kes dan Itali, Peru, Perancis serta Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.
Iran dan Columbia pula merekodkan angka lebih 24,000 kes korban manakala negara-negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes. – MalaysiaGazette