Gambar hiasan

SEOUL (Reuters) – Korea Selatan mencatatkan 49 kes baharu Covid-19 yang melibatkan penularan tempatan hari ini yang juga merupakan angka terendah dalam tempoh 44 hari.

Ini sekali gus menunjukkan peraturan penjarakan fizikal yang lebih ketat telah pun menunjukkan hasil.

Pegawai-pegawai kesihatan sentiasa mengulangi peringatan kepada orang ramai supaya tidak pulang ke kampung dan tidak bertemu dengan sanak saudara semasa cuti Chuseok yang bermula pada 30 September sehingga 2 Oktober.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea melaporkan terdapat 61 kes baharu Covid-19 setakat tengah malam selasa termasuk 49 kes tempatan yang kebanyakannya di Seoil dan berhampiran wilayah Gyeonggi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu adalah 23,516 manakala angka kematian meningkat kepada 399.- Agensi