Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) diiringi Ketua Parti Amanah Negara Kawasan Pandan, Izham Hashim (dua kanan) serta yang lain memotong kek sebagai gimik perasmian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahanan Amanah Kawasan Pandan di Menara MPAJ, Pandan Indah, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu menggunakan kebijaksanaannya untuk meyakinkan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sekiranya mahu menerajui semula kepimpinan di negeri itu.

Timbalan Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Mohd Shafie perlu membincangkan perkara itu betul-betul dengan Tun Juhar.

“Itu terpulang kepada kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Dia boleh bincang untuk membentuk kerajaan sebab Parti Bersatu Sabah (PBS) ada tujuh kerusi, bebas ada tiga.

“Jadi, dengan jumlah yang Warisan ada dalam plus-plus itu sudah pasti gabungan mereka itu boleh membentuk kerajaan dan dalam perlembagaan undang-undang tubuh kerajaan Sabah mereka boleh lantik enam orang sebagai ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali keempat Parti Amanah di Pandan Indah hari ini.

Salahuddin ditanya wartawan mengenai pandangannya mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diumum lewat malam tadi.

Meskipun keputusan PRN itu menyebelah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun gabungan itu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan yang berdaftar.

Mengikut Artikel 6(7) Perlembagaan Sabah, Yang Dipertua Sabah perlu melantik ketua sebuah parti yang telah menang dalam pilihan raya umum sebagai Ketua Menteri dan diyakini mampu mendapat sokongan majoriti daripada DUN.

Berikutan itu, berdasarkan artikel berkenaan, Warisan adalah parti berdaftar yang memenangi majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 29.

Dalam perkembangan sama Salahuddin berkata, negeri di Bawah Bayu itu perlu dipacu oleh kepimpinan yang benar-benar tulus dan jika mengikut kewajaran kemenangan harus diberikan kepada Mohd Shafie.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada keputusan yang akan dibuat oleh Yang Dipertua Negeri dan rakyat di negeri itu di mana akhirnya rakyat harus menerima keputusan tersebut. – MalaysiaGazette

9 Komen

  1. kah kah kah..ni pandangan bodoh…sebelum ni pun Warisan tubuh kerajaan dgn Warisan+PH+UPKO..bukan Warisan sorang2…biol punya penganut Mat Sabu ni

  2. ….utk pengatahuan semua…salahuddin ada phd dlm bidang KATAK. Dia memang pakar bab KATAK. Sebab tu idea “bernas” dia ni disarkan disini.
    Harap maklum

  3. Mmg din bangang la, dia nak kuasa biarpun kalah. Klu mcm tu buat apa bubar dun baik mintak sama tyt biar dia kekal km sampai bila bila. Biar negeri sabah tidak ada pilihanraya lg senang

  4. Kena bijak tu maksudnya kena bijak cari umpan katak yg mahal mahal kot? Dulu kata parti ni jenis tak reti pakai umpan umpan. Tak reti bab bab katak mengatak ni. Skang ni pecah tembelang. Rupanya parti ni la parti perahu bawa katak..

Comments are closed.