Gambar hiasan

NEW YORK – Seorang hakim telah mengeluarkan injuksi sementara menghalang larangan muat turun aplikasi TikTok pada masa depan.

Aplikasi itu telah disekat daripada Apple’s App Store dan Android’s Google Play bermula jam 11.59 malam waktu timur.

Namun para pengguna yang berpangkalan di Amerika Syarikat masih dapat menggunakannya.

Tetapi mereka tidak dapat memuat-turun semula aplikasi itu jika mereka memadam aplikasi berkenaan daripada telefon atau tidak pernah ditawarkan untuk mengemas kini perisian.

Hakim Carl Nichols dari Mahkamah Columbia mengeluarkan perintah sementara pada petang Ahad atas permintaan TikTok.

Pandangan berhubung perkara itu telah diputuskan – bermakna tiada keperluan untuk keputusan itu didedahkan.

Dalam satu kenyataan, TikTok berkata, ia gembira dengan keputusan itu dan berikrar aka terus mempertahankan haknya.

“Kami gembira mahkamah bersetuju dengan hujah perundangan kami dan mengeluarkan injuksi menghalang larangan aplikasi TikTok,” katanya.

TikTok berpendapat paksaan keluar aplikasinya daripada iOS dan Android melanggar Perubahan Pertama dan Kelima Perlembagaan Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette