Penuntut-penuntut universiti di AS kembali semula ke asrama selepas pembukaan sesi pendaftaran universiti dibuka semula meskipun kes koronavirus di negara ini meningkat. foto Reuters

WASHINGTON – Kes jangkitan koronavirus dalam kalangan golongan muda meningkat dengan stabil di Amerika Syarikat (AS) sejak universiti dibuka.

Berikutan itu, kumpulan ini diminta mengambil langkah-langkah menangani penularan Covid-19, kata agensi kesihatan AS.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) berkata, universiti yang ingin membuka semula perlu melaksanakan langkah-langkah mitigasi seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial untuk mengekang penyebaran virus dalam kalangan golongan muda.

Antara 2 Ogos dan 5 September 2020, kes mingguan Covid-19 dalam kalangan individu berusia 18 hingga 22 tahun meningkat 55.1 peratus.

Wilayah Timur Laut mencatat kenaikan 144 peratus dalam kes Covid-19, sementara kes Midwest meningkat 123.4 peratus, kata laporan itu.

Peningkatan kes tidak semata-mata disebabkan peningkatan ujian dan boleh dikaitkan dengan beberapa universiti yang memulakan kelas secara kehadiran secara langsung penuntut, kata para penyelidik CDC.

Mereka juga mendakwa penularan juga boleh berlaku dalam kalangan penuntut yang tidak menghadiri kuliah.

Laporan sebelumnya menunjukkan bahawa golongan muda cenderung untuk mematuhi langkah pencegahan, kata laporan itu.

Dalam kajian berasingan yang diterbitkan oleh Laporan Mingguan Morbiditi dan Mortaliti (MMWR) CDC  para penyelidik melaporkan peningkatan kes Covid-19 yang pesat sejak dua minggu lalu selepas sebuah universiti di North Carolina membuka kampusnya.

Kajian mendapati antara 3 Ogos dan 25 Ogos, universiti tersebut melaporkan 670 kes Covid-19 yang disahkan oleh makmal, dengan siasatan awal mendapati pertemuan pelajar dan tempat tinggal secara berkumpulan mungkin menyumbang kepada penyebaran.

Pada 19 Ogos, kelas atas talian dan permulaan sesi persekolahan mula mengurangkan kepadatan perumahan di kampus.

Setakat ini tidak ada pesakit Covid-19 dari universiti yang dimasukkan ke hospital atau meninggal dunia, kata para penyelidik.

Pengarang bagi kedua-dua kajian tersebut mencadangkan perlunya langkah-langkah yang dipertingkatkan untuk mengurangkan penularan dalam kalangan golongan muda dan di institusi pengajian tinggi. – MalaysiaGazette