Foto agensi

LOS ANGELES- Walt Disney Co bakal membuang 28,000 pekerja susulan penutupan taman tema utamanya di California akibat pandemik.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataannya berkata, kira-kira dua per tiga daripada pekerja yang bakal dibuang itu adalah pekerja sambilan.

“Akibat impak berpanjangan Covid-19 terhadap perniagaan kita termasuklah kapasiti terhad kerana syarat penjarakan fizikal dan ketidaktentuan terhadap bilakah pandemik ini berakhir serta keengganan pentadbiran California untuk menamatkan sekatan yang membolehkan Disneyland dibuka semula.

”Kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk memberhentikan pekerja di taman-taman tema serta bahagian produk dan sebagainya.

“Kami juga tidak mampu untuk terus menyimpan pelakon-pelakon yang tidak bekerja sejak April tetapi pada masa yang sama terpaksa membayar manfaat kesihatan mereka,” kata pengerusi unit taman tema Disney, Josh D’ Amaro.

Disneyland California terpaksa ditutup di atas arahan pentadbiran negeri bagi membendung penularan wabak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast