ANKARA – Turki menafikan dakwaan bahawa negara itu menggunakan pesawat dan dron terhadap Armenia.

“Tiada tetapi propaganda jahat cuba menyokong di belakang Armenia dengan mewujudkan persepsi palsu bahawa Turki kini menentang Armenia,” kata Kementerian Pertahanan menerusi satu kenyataan seperti dipetik agensi Anadolu.

“Malah dakwaan ini tidak diambil serius oleh sesiapa kecuali penyokong mereka,” tambahnya.

Menurut kenyataan tersebut: “Selain itu, dalam beberapa hari ini Angkatan Tentera Azerbaijan telah menunjukkan dunia bahawa mereka berkeupayaan dan layak untuk mencapai kemenangan dan menentukan serta gigih untuk membebaskan wilayah yang dicerobohi,”.

Serangan terbaharu di sempadan dilakukan Armenia pada Ahad lalu telah meningkatkan ketegangan dengan Azerbaijan.

Kesatuan Eropah, Rusia dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggesa pertempuran di sempadan dihentikan. Bagaimanapun Turki menyatakan sokongan terhadap Azerbaijan dan haknya untuk mempertahankan diri.

Hubungan antara bekas dua negara Siviet itu telah dicabul sejak 1991 apabila tentera Armenia menceroboh Karabakh, yang mana masyarakat antarabangsa mengiktirafnya sebagai wilayah Azerbaijan.

Empat anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dua resolusi Perhimpuan Agung selain banyak organisasi antarabangsa meminta tentera penceroboh berundur. – MalaysiaGazette