Kakitangan perubatan memakai pkaian perlindungan diri ketika merawat pesakit Covid-19 di Hospital Ambroise Pare. foto Reuters

PARIS – Perancis melaporkan hampir 17,000 kes jangkitan koronavirus baharu yang disahkan pada hari Sabtu, kira-kira 5.000 lebih banyak daripada hari sebelumnya, sekali gus menjadikan ia kenaikan tertinggi yang direkodkan.

Jumlah jangkitan meningkat sebanyak 16,972 kepada 606,625 kes, kata Kementerian Kesihatan.

Jumlah kematian meningkat sebanyak 49 kepada 32,198.

Terdapat 4,087 orang dimasukkan ke hospital dalam tempoh tujuh hari lalu, termasuk 849 di unit rawatan rapi.

Angka tersebut agak stabil berbanding laporan sebelumnya pada hari Jumaat.

Kadar ujian koronavirus positif di Perancis meningkat kepada 7.9% berbanding 7.7% pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast